top of page

Hari Terakhir 2020


Dah hari terakhir tahun 2020.


Tahun yang sarat dengan ujian, yang sebahagiannya amat berat untuk ditanggung.

Ada yang kehilangan insan tersayang. Ada yang dibuang kerja. Ada yang perniagaan gulung tikar. Anak-anak kita juga tidak dapat menimba ilmu di sekolah dan universiti seperti biasa.


Hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik ketentuan ini. Dan hanya Dialah yang Maha Mengetahui cabaran serta peristiwa sepanjang tahun 2021 nanti.


Apa jua takdirnya, saya harap kita tidak putus asa dan harapan. Kita telah lalui pelbagai ujian sebelum ini dan kita telah buktikan kita rakyat Malaysia 🇲🇾 yang tabah.

Mengalah bukanlah pilihan yang kita ada. Semangat kebersamaan ialah kekuatan kita. Kekuatan inilah yang mesti kita manfaatkan demi memastikan #COVID19 mahupun apa jua ujian, tidak menghalang langkah kita membina masa depan anak-anak, keluarga dan negara kita.

InsyaAllah, berkat kecekalan, usaha dan doa kita semua, semoga tahun 2021 menjadi tahun yang lebih baik. Mudah-mudahan.


Terima kasih semua terutama petugas barisan hadapan atas pengorbanan kalian demi negara untuk tahun 2020. Bagi pihak keluarga, saya mohon maaf atas apa jua kekhilafan sepanjang tahun ini.

Selamat Tahun Baru 2021. Saya doakan semoga kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

Comentarios


bottom of page