Gambar Pada 26 Julai 2019, Bersama pelajar-pelajar International Islamic University Malaysia (IIUM) jurusan Undang-Undang dan Sains Politik selepas #Undi18 diluluskan di Parlimen.
1. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memaklumkan pelaksanaan #Undi18 dan pendaftaran automatik hanya akan dibuat selepas 1 September 2022 adalah mengecewakan.
2. SPR sendiri, pada 7 Jun tahun lalu menyatakan, persiapan bagi pelaksanaan #Undi18 dan pendaftaran automatik akan diselesaikan selewat-lewatnya Julai 2021. Kenyataan ini dikeluarkan selepas negara mula dilanda krisis #COVID19.
3. Justeru, SPR sepatutnya sudah ada perancangan jelas untuk pastikan sasaran Julai 2021 dapat dicapai. Penangguhan melebihi satu tahun dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak munasabah. PKP bukan baru dilaksanakan tahun ini.
4. Perlu diingat, pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan #Undi18 dan pendaftaran automatik telah mendapat sokongan sebulat suara kesemua Ahli Dewan Rakyat pada Julai 2019 termasuklah saya sendiri sebagai Ahli Parliman Pembangkang pada masa itu. Ini bermakna, dari sudut persetujuan parti-parti politik, sudah tidak ada masalah.
5. Malah, saya pernah sebut sejurus ia diluluskan bahawa melaksanakan #Undi18 dan pendaftaran automatik adalah tepat dan perlu kerana 3 sebab - ia dipersetujui sebulat suara secara konsensus; ia mengupayakan belia; dan ia amanah serta tanggungjawab belia.
6. Justeru, saya meletakkan harapan tinggi agar semua pihak dapat berganding bahu dan bersungguh-sungguh dalam menjayakannya demi kebaikan dan masa depan negara. Saya juga akan sampaikan kepada kepimpinan agar Kerajaan dapat ambil tindakan yang sewajarnya agar perkara ini dapat dijayakan seperti yang dirancangkan.
コメント